Monday, July 11, 2011

: Bila jalan jadi tempat berjihad

Perhimpunan Bersih 2.0 dah selamat dengan jayanya sabtu lepas. Sangat jaya sampai menarik perhatian begitu ramai umat manusia yang kononnya turun untuk berjihad. Yup, ada macam2 fatwa yang keluar dari mulut ustaz2 mengatakan kalau kita keluar menyertai such perhimpunan adalah jihad. Dari segi apa aku pun tak tau. Sebab, kalau untuk pandangan aku yang cetek ilmu pengetahuan ni, ustazah lagi lah bukan, ia langsung xboleh dianggap sebagai jihad.

Well, sebenarnya aku memang tak bersetuju dengan perhimpunan ni. Sebabnya, pada aku, dia tak Bersih sebab ada pengaruh politik disitu (bukan lagi NGO seperti asalnya). Patriot pulak macam xde arah, orang buat dia pun nak buat. nvm laa sebab xramai pun yg join patriot.

Kenapa aku tak setuju dengan Bersih? dia diadakan di jalanan which is which, nak taknak memang akan kasi impact yg besar pada peniaga2 kecil dkt area yang terlibat. And peniaga2 atau penjaja dikawasan terbabit bukan ke dari kalangan melayu and Islam? Katakan, tokeh or tuan besar kedai2 area situ kepunyaan non-malay, tapi pekerja2 dia bukan ke satu kaum dengan kite? Tak ke kurang pendapatan sahabat kite tu?.

Katanya, perhimpunan ni adalah ke arah satu pilihanraya yang lebih bersih. Okeyh, aku pun tak berani cakap berapa bersihnya Pilihanraya dekat Malaysia sebab, aku baru pertama kali akan keluar mengundi. But, however, kenapalah perhimpunan serupa ni tak dibuat kat dalam stadium (secara tertutup) macam yang Yang Dipertuan Agong cadangkan? Bukan ke Kerajaan Negeri Selangor dah offer stadium Shah Alam? Kenapa still kena buat dekat jalanan instead of secara tertutup? Dah tu kena buat dekat tengah2 K.L. yang semua orang tau busy sgt time weeken? Ke memang diorang nak pelancong2 yang datang kat K.L. tu tgk diorang? tolonglah beb, kalau media asing tengok agak2 diorang cakap apa?

Namun, aku tak nafikan, betapa bias nya media2 terhadap perhimpunan ni. Kalau tengok tv, memang nampak laa betapa kalau boleh dia nak cakap yang perhimpunan ni langsung tak betul, tak berjaya and bla.bla.bla. Kalau yang media pembangkang plak asyik nak menghentam je kejenye. Konon kerajaan itu, kerajaan ini. Polis suka pukul orang and bla.bla.bla. Macam2.

Harap2 ini lah yang terakhir kan?

.:. Kalau ada pesta maulidur rasul, agak2 orang2 yang berjihad kelmarin sanggup tak join?




Thursday, June 2, 2011

Ada dua rasa(perasaan) bila dengar berita baik2 dari kawan2

1. Gembira : Obviously laa kan? Bila dengar kwn nak tunang and kawin, yang dpt keje yg bagus, yang jadi mama buyong and etc. Mesti la rasa hepy utk mereka2 yg semua tu.

2. Sedih/Tension/Jeles/Marah : Yang ni bahaya ckit, sebab bila semua perasaan yang x best dicantumkan, aku jadi zero, moddy, pemarah (dekat diri sendiri) and bla.bla. And bile kau xbule nak cakap and cerita kat sape2. (hARUS menjaga hati bukan?)

Kesimpulannya, saya sedang rasa down. tersangat down. Dah bukan down to earth dah, lagi bawah daripada tu.. haiyaaa..

Sebab? yes aku jeles (moody) ngan kalian semua, yang mana jalan2 anda dipermudahkan sangat sampai boleh bikin aku rasa macam ni.

p/s : doakan aku tolong, supaya jalan2 aku lebih dipermudahkan.
untuk esok dan esok.esok lagi..

Monday, May 2, 2011

: Bila Kamera Bercahaya

Untuk artis/selebriti/ahli sukan atau sesiapa sajelah yang ditemuramah oleh wartawan, silalah and TOLONGLAH jawab dengan perkataan yang berhemah supaya penonton macam saya ni boleh nampak awak 10x lagi hensem dari wajah awak atau 7x lagi muda jelita dari usia anda.

Sekian!

Thursday, April 28, 2011

: t.o.l.o.n.g

Aku pandang La.Ng.It yang kelam,
tak terlihatkan apaapa.
zero sahaja

Gelap bukan siang, yang perlu ditepektepek sunblock kat muka
Malam bukan ada mentari, yang bisa menarinari di depan mata

Kemana kicaukicau merdu burung yang tadi menyanyi?
Yang tadi menyanyi persis penyanyi itu?

~~> pandang pada si petakan jam..

Jadi harus perlu apa lagi aku,
tak terlarat menghitung bintang
yang tak terlihatan.

Maka T.O.L.O.N.G lah aku,
yang tak bisa lelap saat ini!



Thursday, April 21, 2011

to grow well enough!

I still remember, back then during student life, everybody seem so tak sabar2 nak abiskan subject and grad as cepat as they can. Konon dah taknak hadap all those facts and numbers and test and exam and bla bla bla. Among all, I am one of them. The one who always have the nice and happy feelings when we (our gang) talk about future.

The thought that, "Bestnya, nanti boleh pegang duit sendiri" or "Dah keje senang, tak payah nak hadap test yang menyakitkan hati lagi dah". Yes, I nod that were some of the thought that I have in mind whenever we talk over the matter. During that time, there's nothing yang best and gempak melainkan to finish the 4-year duration of my degree.

Ok. Ever since i've been working for 5 months +, When others asks, "how cool my current life" or "how am I doing rite now?". The answer will always be a silent or senyum terpaksa. Yup. To be exact I MISSSSSSSSS MY STUDENT LIFE! I'm no kidding kawan2. Stress kerja will non-stop bother you. Deadlines, meetings, the environment and others. Okeyh, itu belom add lagi dgn others thingy yg come together with it. If you have no other responsibility, except to think about your 9-5 life, then you are so fine! But, as for me, tanggungjawab in family getting bigger and bigger. And also, people will expect more and more from you. The pressure is everywhere and somehow will ruin your day (especially when they ask "when will u get married?)

I don't know, apa yang orang lain rasa? Sebab pada aku, proses yang aku tengah rasa adalah sangat pahit and I am trying so hard to bear with it. I believe, everybody akan rasa perkara yang sama bila turning point dalam hidup kita da sampai. Which is which, to grow and act well.!!

.:. motif?
"renung2kan dan selamat amal2kan"


Wednesday, January 12, 2011

Yang lepas~lepasan

mak ai, last skali update blog ni 5 bulan lepas?

ok.ok.
let's make it short!

1. Aku sudah abis stady di uia..(yeay!)
2. Aku dah jadi pekerja bank, sebelum sempat menganggur.!
3. Happy New Year.
4. Mari bertele-tubies, baru anda tau segala yang aku nak senaraikan. (haha)

: Tuhan bagi 24 jam dalam sehari. Tak pernah~pernah cukup, aku kata.
240 jam sehari-hari masih belum cukup,aku kata.
Memang tak tau bersyukur punya aku. Kan?




Wednesday, August 18, 2010

Untuk masa depan yang masih samar

Pernah tak kau rasa, kau mahu ada kuasa tilik?yang boleh kasi tahu apa bakal jadi kau lepas ini. Pernah tak kau rasa, kau mahu redha saje pada Tuhan? walau usaha kau tak berapa sangat.

Sudah 6 minggu semester baru bermula. 6 minggu jugalah aku kembali menjadi pelajar lepas berhempas pulas menghabiskan sesi prektikal. Dalam 6 minggu ni, aku semakin selalu termenung, terberangan, terfikir, termenerawang (dan macam2 ter lagi laaa) soal masa depan. Yela, takkan tak pikir langsung beb. Ini semester last kat uia.

Ada banyak benda yang sesakkan otak aku saat ni! Sungguh!
1. Aku dah mula takut. Eyh, mampu ke aku dapat keje lepas ni? Boleh ke aku ada gaji macam nad and tirah. Lepas bulan 11, gelaran "student" yang aku pegang ni akan aku lupuskan. Tapi, sape akan aku jadi lepas ni? Harapan tu memanglah nak dapat kerja dgn cepat. Takkan lah nak harapkan duit mak abah lagi nak sara hidupkan? Tapi... aku sendiri pun tak tau, senang atau susah keje itu aku dapatkan. Tapi, kalau aku dapat keje let say. Macam mane plak dgn private life aku.? Sebijik macam zaman practical yg xde life tu ke? or i can balance it?

2. Sape jodoh aku? Aku rasa, kalau lah aku ni ada kuasa tilik, sure aku akan gunakan untuk tgk psl yg ini. Tengok kawan2 kawin, bertunang, buat aku rasa jeles. Mereka sudah dilengkapi. Tapi aku? Aku cakap macam ni, bukan sebab aku takde boyfren. Ada beb! Tapi, perhubungan ni masih takde apa2 hitam putih yg menghalalkan. Yang membolehkan aku dan dia berada dalam "safety zone". Masih tak nampak lagi samaada apa yang kami usahakan bakal berakhir dengan perpisahan atau dengan sesuatu yang bermakna. Makanya, segala macam benda boleh terjadi. For that, aku rasa aku mahu lebih realistik dan rational. Berdoa supaya, jodoh aku walau dengan sesiapa pun, akan dipermudahkan jalannya.

3. Aku rasa, aku insan yang paling kerdil. Masih tunggang langgang ilmu agama aku. Aku harap aku dapat jadi insan yang lebih baik. Lebih maju dari segi agama. Bukan hanya tau dari segi teori, malah praktikel juga.

Eyh, malas dah nak tulis lagi. Test ATP jumat ni perlukan komitmen aku. Tapi seriously, 3 perkara di atas memang banyak aku fikir dan renung2 kan skarang ni. Aku harap, semuanya baik-baik saja selepas ini.:)

..kalaulah jalanan ini menuju ke arah mati,
perlukah aku persiapkan alatan kuburannya?