Wednesday, August 18, 2010

Untuk masa depan yang masih samar

Pernah tak kau rasa, kau mahu ada kuasa tilik?yang boleh kasi tahu apa bakal jadi kau lepas ini. Pernah tak kau rasa, kau mahu redha saje pada Tuhan? walau usaha kau tak berapa sangat.

Sudah 6 minggu semester baru bermula. 6 minggu jugalah aku kembali menjadi pelajar lepas berhempas pulas menghabiskan sesi prektikal. Dalam 6 minggu ni, aku semakin selalu termenung, terberangan, terfikir, termenerawang (dan macam2 ter lagi laaa) soal masa depan. Yela, takkan tak pikir langsung beb. Ini semester last kat uia.

Ada banyak benda yang sesakkan otak aku saat ni! Sungguh!
1. Aku dah mula takut. Eyh, mampu ke aku dapat keje lepas ni? Boleh ke aku ada gaji macam nad and tirah. Lepas bulan 11, gelaran "student" yang aku pegang ni akan aku lupuskan. Tapi, sape akan aku jadi lepas ni? Harapan tu memanglah nak dapat kerja dgn cepat. Takkan lah nak harapkan duit mak abah lagi nak sara hidupkan? Tapi... aku sendiri pun tak tau, senang atau susah keje itu aku dapatkan. Tapi, kalau aku dapat keje let say. Macam mane plak dgn private life aku.? Sebijik macam zaman practical yg xde life tu ke? or i can balance it?

2. Sape jodoh aku? Aku rasa, kalau lah aku ni ada kuasa tilik, sure aku akan gunakan untuk tgk psl yg ini. Tengok kawan2 kawin, bertunang, buat aku rasa jeles. Mereka sudah dilengkapi. Tapi aku? Aku cakap macam ni, bukan sebab aku takde boyfren. Ada beb! Tapi, perhubungan ni masih takde apa2 hitam putih yg menghalalkan. Yang membolehkan aku dan dia berada dalam "safety zone". Masih tak nampak lagi samaada apa yang kami usahakan bakal berakhir dengan perpisahan atau dengan sesuatu yang bermakna. Makanya, segala macam benda boleh terjadi. For that, aku rasa aku mahu lebih realistik dan rational. Berdoa supaya, jodoh aku walau dengan sesiapa pun, akan dipermudahkan jalannya.

3. Aku rasa, aku insan yang paling kerdil. Masih tunggang langgang ilmu agama aku. Aku harap aku dapat jadi insan yang lebih baik. Lebih maju dari segi agama. Bukan hanya tau dari segi teori, malah praktikel juga.

Eyh, malas dah nak tulis lagi. Test ATP jumat ni perlukan komitmen aku. Tapi seriously, 3 perkara di atas memang banyak aku fikir dan renung2 kan skarang ni. Aku harap, semuanya baik-baik saja selepas ini.:)

..kalaulah jalanan ini menuju ke arah mati,
perlukah aku persiapkan alatan kuburannya?






2 comments:

s.c.h.u.l.t said...

siapkan kelengkapan untuk menemani, sebagai 'bekal' di alam sana :)

all the best ain. InsyaAllah. DIA sentiasa mendengar ;)

Prinzessin said...

dan sila jgn lupa..mesin basuh along qai...hahahahha

Post a Comment