Thursday, April 1, 2010

Setiap Yang Terjadi Ada Hikmah. Percayalah!

Setengah jam, aku menghadap skrin komputer tanpa mampu tulis apa2. Setengah jam, aku berteleku memikirkan rencah untuk aku tulis di sini. Aku seakan mati akal.

Atau, mungkin sudah mati kata dengan pelbagai masalah yang timbul.Dari masalah exam yang takkan habis selagi aku bergelar pelajar, masalah keluarga yang terlalu kompleks hinggalah pada masalah2 yang aku reka sendiri. Semuanya memerlukan perhatian untuk aku belai mereka satu persatu.

Yang pasti, masa aku serabut macam ni, aku rindu kakak aku.
Kakak yang nampak lembut di luar tapi sangat keras kepala.
Oh, mungkin juga aku seperti dia.

****************************************

Masa aku kecik, mak abah aku garang!
sangat garang.

Abah akan jadi garang bab pelajaran while emak untuk kerja-kerja rumah.

Aku still ingat, masa aku baru umur 5 tahun abah dah suruh aku baca "Snow White and 7 Dwafts", buku tu dalam english. Abah terangkan kat aku satu persatu maksud dia suruh aku fahamkan. Lepas seminggu, abah soal aku satu-satu translation word dalam buku tu. Aku tak mampu nak jawab banyak pun. Almaklumlah, baru 5 tahun. Desire aku lebih kepada permainan bukan buku yang sangat bosan macam tu. Korang nak tau ape denda abah aku kasi?

Malam tu, aku kena duduk kat luar rumah sambil hafal semua maksud2 tu. Malam tu, sambil hafal aku nangis teresak-esak macam budak hingusan tahun. Malam tu jugak, kakak and abang aku temankan aku. Mahu memberi semangat katanya. Aku ingat lagi, malam tu abang aku selimutkan aku. Akak aku baca sama dengan aku. Masa aku nangis, akak aku cakap,

" Sabarlah dik, dulu2 akak & abang pun dah rasa semua ni. Semua yang jadi ada hikmah. Kalau tak esok, lusa tuhan tunjukkan." Akak aku memang matang, masa tu dia da 13 tahun.Resultnya = aku berjaya bagi abah maksud perkataan yang dia nak. Berkat menghafal sepanjang malam.

Ini baru satu contoh, belum lagi bab aku kena kurung dalam toilet sebab tak dapat hafal sifir 11 masa darjah 1. Sedari kecik, abah memang tekankan, kalau nak belajar math, sifir kena tau and hafal. Aku pulak selamba badak je telupa nak hafal. Kan dah kena!

Tapi, serious beb, aku rasa bersyukur sebab abah buat macam tu! Sebab sifir tu la aku teror math and always jadi top scorer dalam kelas. Siap kena represent daerah p Kuiz Math Negeri lagi dulu. Add, sebab tu jugak lah, sedari darjah 4 lagi, cita-cita aku nak jadi akauntan and alhamdulillah sampai sekarang aku masih berpegang pada cita2 yang sama. InsyaAllah hujung tahun ni aku bakal tamatkan pengajian perakaunan di UIA ni.

Bukan hikmah ke namanya itu?

****************************************

Kalau cerita pasal mak aku. Dia sentiasa tekankan, duduk rumah tak boleh goyang kaki. Kerja rumah wajib buat! Kalau malas siaplah kena bantai. Bukan ringan beb, sakit woooo. berbirat gak lah kadang2 tu.

Tapi, darjah 4 aku dah pandai uruskan rumah. Aku boleh sapu sampah, mop lantai, cuci segala2 sampai clean and clear. Tingkatan 1 aku dah reti masuk dapur masak.

Dulu2, ada kawan pernah sembur aku, "Kesian aku tengok kau, macam orang gaji je kat umah sendiri". Aku balik nangis kat kakak aku. Dan lagi dia sebutkan tentang betapa setiap masalah yang timbul, akan pasti ada hikmah.

Masa aku nak pindah rumah lepas tingkatan 5, aku banyak jadi harapan mak aku untuk mengemas satu rumah tu bagai. Dari susun atur perabot, sampai pada corak langsir pun aku yang uruskan. Akak aku agak sibuk dengan kerja masa tu, abang pulak agak sibuk dengan study, emak sakit and tak boleh bergerak banyak. Jadi, kebanyakannya aku yang uruskan. Ada orang sampai berkenan n masuk meminang okeyh.!

Kelmarin malam, kawan yang sembur aku dulu tu ym ngan aku. Dia mengadu macam2. Nak kahwin tapi tak reti masak. Aku pun tak kisah kalau tak reti, ramai je yang taktau langsung, tapi sekurang2nya mereka ada desire nak belajar. Korang tau, mak dia membebel sampai bingit telinga dia, tapi yang kawan aku ni memang tak suka masuk dapur. Nanti tangan dia jadi kasar katanya. Dia siap cakap, kalau dah kawin nanti nak gajikan maid. Biar dia mengemas, masak n semua. Habislah, husband ko nanti! Baru nak mulakan hidup dengan gaji tak seberapa, dah demand maid.

*senyum tahan gelak*

****************************************

Korang mesti pening, apa yang aku nak cakap sebenarnya dalam entri ni?Aku nak cakap, selagi kita bernafas and bernyawa kita takkan terlepas dari masalah.Masalah mendewasakan kita. Masalah menambah rencah dalam kehidupan.Setiap masalah yang jadi, akan ada jalan penyelesaiannya. Lalu, kesabaran amat diperlukan dalam menghadapi onak yang datang. Hikmah akan menyusul kalau kita guna mata hati memikirkannya.

3 comments:

hans said...

yups
semua ada hikmahnya
maybe 1st tu kita tak suka but finally kita akan bersyukur sebab kena macam tu

Anonymous said...

kalau abah ko x buat camtu dulu...cuba imagine kat mana ko sekarang....

s.c.h.u.l.t said...

ada hikmah di sebalik setiap kejadian :)

Post a Comment